Assalamualaikum,
hari-hari terakhir Syawal..majlis rumah terbuka semakin berkurangan..tapi yang pastinya FESTIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN dan JAMUAN MESRA AIDILFITRI anjuran jabatan Pelajaran Perlis memang the best...fuuhhh.... terbaik la...
Pagi, sesudah subuh, aku n fidah bangun..konon bangun awai la. Tepon Cikgu Din minta tolong dia buka pintu opis...tapi ampeh, dia p buka pintu toilet..kami gak la yg terpaksa p buka pintu opis..
Baru gaya nak order nasi lemak..aku yg tak mandi lagi terpaksa la juga pederas ke opis teman fidah..hihihii..
Then balik umah, mandi n bersiap-siap ~ pukul 9.30pg, aku p umah kak Ros, ambik kak Ros n terus datang opis..serba salah pulak aku sebab tak boleh nak hantar kak Ros balik...sorry kak Ros..
sempat la aku tgk ketibaan Raja Perlis..dari tingkat satu opis aku(depan unit ICT), dapat la tgk persembahan daripada pelajar-pelajar sekolah di atas pentas utama..walaupun hari tu hujan lebat, persembahan tetap meriah, ada nyanyi-nyanyi, ada boria, ada ghazal....aku paling suka persembahan boria..meriah.
Hujan semakin lebat, perut pun lapar, aku n fidah turun ke gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai juadah seperti bubur, laksa, mee kari, roti jala, rendang, ketupat, lemang, kuih raya, laksa, bihun goreng, rojak, satey, nasi dagang, nasi limuni...hehehe...pendek kata, macam-macam ada...minuman pun disediakan..yang paling best, ais kacang n cendol pulut...gerai yang paling menarik ~ gerai Sektor Akademik...menyediakan makanan tradisi melayu..gerai diorang memang totally tak nampak cam parking kereta.. hiasan meja menggunakan pelepah pisang, labu yang diisi ngan bubur-bubur yang enak, memang menarik sekali. Siap ada basikal tua kt sudut melepak kat gerai tu.
erm...last sekali, aku melepak kat gerai unit ICT..sempat la ambik beberapa keping gambar kat situ..hehehehe...
~Tahniah la kepada warga JPN Perlis kerana berjaya menganjurkan majlis sebegini~
0 comments:
Post a Comment